PARUT!
OH!
SCAR!
Pening!.... Oh Pening!.... Oh Headache!....
Mungkin ada di antara kita Yang pernah mengalami Masalah jerawat yang teruk dan meninggalkan sejarah atau pun bekas2 yang TIDAK seharusnya berada di muka yang tulus n mulus ni....
Tapi apa boleh buat, Nasi dah Menjadi Bubur... Buburlah sangat....
So, banyak produk yang terdapat di PASARAN....
Ada yang murah dan ada yang amat meragukan kesannya..
Ada yang menghakis, ada yang berbahaya dan menipiskan kulit
&
Sebagainya...
So berdasarkan kepada Pengkajian dan jugak testimoni yang di lakukan oleh penulis sendiri mengenai beberapa produk yang terdapat di pasaran dan telah di cuba!..
.......Aq Umpama Tikus Makmal....
Mendapati ada beberapa produk yang mujarab kesannya mengikut situasi dan kulit individu tersebut... HOHOHO
Mungkin ada kulit yang menghasilakan Minyak yang banyak dan boleh jadi pengeluar minyak derr.... Cam Minyak cap Buruh, Minyak dagu... (sngat merepek)..
Terdapat 4 Produk yang telah di cuba sendiri oleh penulis a.k.a Tikus Makmal:
Marine Pure Collagen (MPC)
- Ini adalah produk yang baru2 di perkenalkan. So, lebih baik mencuba produk ini di sebabkan ianya adalah bahan semulajadi dan boleh di MAKAN @ di jadikan MASKER.. Luar dan dalam di rawat.
Lagipun produk ini adalah lebih murah dan banyak di bandingkan produk-produk lain yang lebih berasaskan kepada bahan kimia.
ini adalah daripada rumpai laut dan di keringkan sebelum di bungkus. Semasa penyediaan nya jugak amat mudah. Sila Rujuk entry RUMPAI LAUT PURE MARINE COLLAGEN.
Selepas pemakaian produk ini, dapat dilihat keberhasilannya. Walaupun tidak ketara tapi dapat di lihat kesan kulit muka yang sedikit berbeza daripada yang sebelumnya.
Cuma jika menggunakan masker dan makan MPC ini ada bau hanyir, semacam diri mu "IKAN DUYUNG" yang berada di lautan. HOHO ~~ Bau Lautan o0o0 ~~
Walhal baru memakai kurang daripada 2 Minggu. Wajah nampak lebih Segar dan terasa sedikit anjal dan tidak kering.
Mederma
Mederma merupakan produk2 yang selalu di iklankan di Televisyen mengenai parut. Produk ini juga mempunyai kesan yang positive dan agak lambat sedikit jika di bandingkan dengan MPC.
Apa yang baiknya dengan produk ini ianya lebih mudah digunakan kerana ianya tidak berasaskan kepada minyak dan sesuai di gunakan oleh individu yang mempunyai masalah kulit yang berminyak.
Produk ini sebaiknya di gunakan pada waktu malam sebelum tidur. Di samping itu produk ini jugak mempunyai bauan yang wangi dan bauan kimia kot haha..!
Setelah menggunakan nya selama beberapa bulan memang terdapat perubahan di mana parut yang dalam dahulunya smakin kurang kedalamanya (macamlah dalam sangat.. haha).
Tapi memang ianya mengambil makan masa yang agak lama.
Permasalah juga mengenai harga yang sedikit mahal.
Bio Oil
Penggunaan produk ini bagi penulis tidak begitu lama di sebabkan ianya berasaskan minyak..
"terang2 "OIL" di tulis tu... "
Sebaiknya produk ini di gunakan oleh individu yang sudah bebas daripada masalah jerawat ala2 hormon nya sudah stabil la ... tenang dan tidak bergelora.. orang bilang...
Ini kerana, bagi individu yang mempunyai parut jerawat dan pada masa yang sama mengalami masalah jerawat adalah baik mengelakkan dari pada menggunakan produk berasaskan minyak. Ini adalah disebabkan minyak boleh menambahkan lagi kesuburan jerawat2 yang ada kat muka tu.
Tetapi produk ini juga berkesan dalam mengurangkan parut jerawat dan ianya sesuai digunakan jika ianya parut di sekitar tubuh badan.
Sabun Susu Beras
Ramai individu yang menggunakan produk ini dan ianya mendapat tempahan yang semacam "Pisang Goreng PanaS" pada ketika ini. Penulis mencuba produk ini dan mendapati turut mempunyai keberkesanan dari segi mengawal minyak dan melicinkan kulit. Di samping itu, produk ini juga amat baik dari segi mengurangkan kehitaman di muka. Kulit menjadi licin dan bersih selepas mencuci menggunakan sabun ini. Dan ianya mudah di dapati dan pada harga yang murah. Ia juga baik untuk merawat jerawat dan ianya berasakan kepada bahan semulajadi.
Bedak Sejuk
Ini adalah produk terbaik jika ingin menggunakan nya untuk lakonan hantu2 dan watak seram ataupun drama2 masa di sekolah menengah dulu... hehe...
Bedak sejul merupakan adunan tradisional yang di moden kan. Mungkin jika bedak sejuk buatan tradisional yang mengamalkan banyak pantang larang, ianya amat berkesan. Namun akibat kemodenan cara tradisional semakin di lupakan dan penggunaan lebih kepada mesin.
Bedak sejuk banyak kegunaan dan ianya juga dapat melicinkan kulit. Cuma keberkesanan bedak sejuk ini berdasarkan kepada cara pembuatan dan adunan produk tersebut. Harga yang murah dan mengambil masa yang agak lama untuk melihat keberkesanan nya pada parut.
So, rawatan parut yang ada kat mana2 di bahagian tubuh anda berdasarkan kepada kesesuaian diri. Dan perlu di ingatkan supaya melihat kepada produk tersebut dan jika ianya meragukan dan mendatangkan was2 lebih baik merujuk kepada sahabat2 dan individu tertentu seperti farmasi or physician. Susah2 p la ke pakar kulit.. selesai masalah hehe...
MENCEGAH LEBIH
BAIK DARI MENGUBATI
&
TAK DAPAT CEGAH
TAK DAPAT CEGAH
RAWAT LAH WEYY
.png)


0 comments:
Post a Comment