BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday, 3 March 2013


               TEMUDUGA             



PERSEDIAAN SEBELUM, SEMAS

DAN 

AKHIR TEMUDUGA



.....Hal0o0.....



















Berdasarkan tajuk di atas ari nie nak share entry mengenai Temuduga 
dan
 info nie agak berguna bagi semua yang sedang cari kerja nie... 

apa kah pantang larang or "Taboo" bagi pncri kerja nie ????...

Ko pikir yg pakai susuk jak ka.. yg ada pntang larang? 

Pencri kerja ada jgak tau hehe ...

mngalahkan petua nenek tua pulak... 

bersumberkan 


Bah Baca.. Jangan x baca.. iQRA



Persediaan awal sebelum temuduga










1. Selidik profil syarikat/jabatan, jawatan atau bidang tugas yang dipohon.

Ia merupakan soalan-soalan asas yang lazim disoal oleh panel temuduga. Kegagalan menjawabnya menunjukkan seolah-olah calon tidak membuat persediaan yang rapi.


2. Kenalpasti etika berpakaian di tempat kerja

Sesetengah majikan di sektor swasta mempunyai etika berpakaian yang berbeza dengan sektor awam. Oleh itu, calon perlu memakai pakaian yang sesuai dengan etika berpakaian di tempat kerja tersebut untuk menghadiri temuduga.


3. Ulangkaji hardskill

Ini juga merupakan soalan yang sering disoal untuk mengetahui tahap pengetahuan calon mengenai teori dan praktikal bidang yang dipelajarinya. Kegagalan calon menjawab dengan baik boleh menjejaskan peluang untuk mendapatkan jawatan tersebut.


4. Membuat persediaan berkaitan soalan yang mungkin ditanya

Supaya calon dapat berlatih menggunakan nada suara, kelajuan dan intonasi yang sesuai semasa temuduga. Calon boleh meminta bantuan rakan untuk memberi maklumbalas. Perlu diingat calon hendaklah berlatih menjawab tetapi bukannya menghafal jawapan.


5. Kenalpasti lokasi temuduga

Untuk memastikan calon tiba ke lokasi temuduga pada masa yang ditetapkan. Sebaik-baiknya calon tiba 30 minit lebih awal bagi menyesuaikan diri dengan persekitaran.

6. Sediakan sijil-sijil asal beserta salinannya dan resume.

7. Pastikan sijil-sijil disusun mengikut keutamaan.

8. Cuba dapatkan nama/gelaran panel temuduga.

Bagi memastikan calon tidak tersilap menyebut gelaran panel temuduga.




Semasa Temuduga










1. Beri salam atau ucapan selamat kepada panel temuduga

2. Mendengar dan menjawab soalan dengan betul

3. Mempunyai keyakinan diri dan motivasi yang tinggi

4. Bersikap tenang dan tidak gementar

5. Jangan menguasai sesi temuduga

6. Jangan membesar-besarkan diri serta bercakap panjang lebar atau bercakap banyak

7. Jangan cerita masalah peribadi seperti urusan rumahtangga, kesihatan diri atau masalah kewangan

8. Jangan bertengkar dengan panel temuduga. Sekiranya calon tidak bersetuju dengan pandangan yang diberi oleh panel temuduga, berilah pandangan lain secara berhemah

9. Jangan mengkritik bekas majikan anda atau mana-mana pihak lain

10. Jangan mengunyah gula-gula getah atau makan gula-gula semasa temuduga

11. Jangan menunjukkan 'silent' protes jika lambat dipanggil panel temuduga




Akhir Temuduga



1. Biarkan panel temuduga menamatkan sesi temuduga 

2. Apabila sesi temuduga tamat, berilah ucapan terima kasih kepada panel temuduga kerana meluangkan masa dengan anda 

3. Sebaik sahaja sesi temuduga tamat, tinggalkan bilik temuduga dengan segera dan bersopan santun. Pastikan barang-barang milik anda tidak tertinggal.




SELAMAT MENJALANI TEMUDUGA DAN SEMOGA MENDAPAT JAWATAN TERSEBUT 
AMINNN..




0 comments: