BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday, 13 March 2013

Berubah Kearah Kedewasaaan




Memilih untuk "Tidak Memilih" 
Memilih untuk "Memilih"


kehidupan kita akan mengalami pelbagai dugaan serta masalah yang datang bertimpa2...
Positivenya dari semua itu adalah "Menjadikan kita sebagai khalifah yang tabah" - aGak "cliche" d situ..

Mungkin ramai dari kita beranggapan amat mudah menjadi "Bayi" mahupun "Kanak2" tapi secara zahirnya, adakah kita di berikan pilihan untuk "memilih" atau "berbuat keputusan"? jawapan nya TIDAK..






















Berbeza dengan orang yang lebih dewasa, mereka diberikan pilihan untuk memilih dan "membuat keputusan"

Tetapi semakin kita meningkat dewasa, kita akan sedar bahawa diri akan terlatih secara sendirinya untuk belajar untuk "Memilih" dan "Membuat keputusan".

Dan dari setiap keputusan tersebut akan menyedarkan kita setiap tanduk yang kita ambil tanpa pemikiran yang mendalam akan menyebabkan impak yang Positive ataupun sebaliknya.





















Belajar untuk "Memilih" dan "membuat keputusan" agak SUKAR.





















Ini kerana setiap keputusan dan tindak tanduk kita pada saat tersebut akan memberikan impak pada masa hadapan.

Kadang-kadang kita merasakan keputusan yang kita ambil adalah betul! Namun ianya sonsang....

Begitu juga sebaliknya.......






















Tapi persoalannya bukan kesilapan dan kesalahan tersebut yang menjadi ukuran.

Ini kerana kita belajar daripada nya, iaitu BUKAN MUDAH untuk membuat pilihan dan keputusan.

Kita merupakan khalifah di muka bumi (Cliche lagi..) yang sentiasa membuat kesilapan

Ini kerana kesilapan-kesilapan yang di buat bagi "memilih" dan "membuat keputusan"
 merupakan satu pengajaran bagi menajamkan lagi minda dari segi membuat keputusan dan pilihan pada masa yang mendatang.

Dan fasa yang terakhir adalah "mematangkan".



PILIHAN
I
MEMBUAT PILIHAN 
I
KESILAPAN 
I
MENDEWASAKAN
I
MEMATANGKAN




Tuesday, 12 March 2013


PARUT! 
OH!
SCAR!


Pening!.... Oh Pening!.... Oh Headache!....

Mungkin ada di antara kita Yang pernah mengalami Masalah jerawat  yang teruk dan meninggalkan sejarah atau pun bekas2 yang TIDAK seharusnya berada di muka yang tulus n mulus ni....

Tapi apa boleh buat, Nasi dah Menjadi Bubur... Buburlah sangat....
So, banyak produk yang terdapat di PASARAN.... 

Ada yang murah dan ada yang amat meragukan kesannya.. 
Ada yang menghakis, ada yang berbahaya dan menipiskan kulit
&
Sebagainya...

So berdasarkan kepada Pengkajian dan jugak testimoni yang di lakukan oleh penulis sendiri mengenai beberapa produk yang terdapat di pasaran dan telah di cuba!..

.......Aq Umpama Tikus Makmal....

Mendapati ada beberapa produk yang mujarab kesannya mengikut situasi dan kulit individu tersebut... HOHOHO

Mungkin ada kulit yang menghasilakan Minyak yang banyak dan boleh jadi pengeluar minyak derr.... Cam Minyak cap Buruh, Minyak dagu... (sngat merepek)..


Terdapat 4 Produk yang telah di cuba sendiri oleh penulis a.k.a Tikus Makmal:


Marine Pure Collagen (MPC)


















- Ini adalah produk yang baru2 di perkenalkan. So, lebih baik mencuba produk ini di sebabkan ianya adalah bahan semulajadi dan boleh di MAKAN @ di jadikan MASKER.. Luar dan dalam di rawat.
Lagipun produk ini adalah lebih murah dan banyak di bandingkan produk-produk lain yang lebih berasaskan kepada bahan kimia. 
ini adalah daripada rumpai laut dan di keringkan sebelum di bungkus. Semasa penyediaan nya jugak amat mudah. Sila Rujuk entry RUMPAI LAUT PURE MARINE COLLAGEN.
Selepas pemakaian produk ini, dapat dilihat keberhasilannya. Walaupun tidak ketara tapi dapat di lihat kesan kulit muka yang sedikit berbeza daripada yang sebelumnya. 
Cuma jika menggunakan masker dan makan MPC ini ada bau hanyir, semacam diri mu "IKAN DUYUNG" yang berada di lautan. HOHO ~~ Bau Lautan o0o0 ~~
Walhal baru memakai kurang daripada 2 Minggu. Wajah nampak lebih Segar dan terasa sedikit anjal dan tidak kering. 


Mederma


Mederma merupakan produk2 yang selalu di iklankan di Televisyen mengenai parut. Produk ini juga mempunyai kesan yang positive dan agak lambat sedikit jika di bandingkan dengan MPC. 
Apa yang baiknya dengan produk ini ianya lebih mudah digunakan kerana ianya tidak berasaskan kepada minyak dan sesuai di gunakan oleh individu yang mempunyai masalah kulit yang berminyak.
Produk ini sebaiknya di gunakan pada waktu malam sebelum tidur. Di samping itu produk ini jugak mempunyai bauan yang wangi dan bauan kimia kot haha..!
Setelah menggunakan nya selama beberapa bulan memang terdapat perubahan di mana parut yang dalam dahulunya smakin kurang kedalamanya (macamlah dalam sangat.. haha).
Tapi memang ianya mengambil makan masa yang agak lama. 
Permasalah juga mengenai harga yang sedikit mahal.



Bio Oil


Penggunaan produk ini bagi penulis tidak begitu lama di sebabkan ianya berasaskan minyak..
 "terang2 "OIL" di tulis tu... "
Sebaiknya produk ini di gunakan oleh individu yang sudah bebas daripada masalah jerawat ala2 hormon nya sudah stabil la ... tenang dan tidak bergelora.. orang bilang...
Ini kerana, bagi individu yang mempunyai parut jerawat dan pada masa yang sama mengalami masalah jerawat adalah baik mengelakkan dari pada menggunakan produk berasaskan minyak. Ini adalah disebabkan minyak boleh menambahkan lagi kesuburan jerawat2 yang ada kat muka tu.
Tetapi produk ini juga berkesan dalam mengurangkan parut jerawat dan ianya sesuai digunakan jika ianya parut di sekitar tubuh badan.


Sabun Susu Beras
















Ramai individu yang menggunakan produk ini dan ianya mendapat tempahan yang semacam "Pisang Goreng PanaS" pada ketika ini. Penulis mencuba produk ini dan mendapati turut mempunyai keberkesanan dari segi mengawal minyak dan melicinkan kulit. Di samping itu, produk ini juga amat baik dari segi mengurangkan kehitaman di muka. Kulit menjadi licin dan bersih selepas mencuci menggunakan sabun ini. Dan ianya mudah di dapati dan pada harga yang murah. Ia juga baik untuk merawat jerawat dan ianya berasakan kepada bahan semulajadi.



Bedak Sejuk

















Ini adalah produk terbaik jika ingin menggunakan nya untuk lakonan hantu2 dan watak seram ataupun drama2 masa di sekolah menengah dulu... hehe...
Bedak sejul merupakan adunan tradisional yang di moden kan. Mungkin jika bedak sejuk buatan tradisional yang mengamalkan banyak pantang larang, ianya amat berkesan. Namun akibat kemodenan cara tradisional semakin di lupakan dan penggunaan lebih kepada mesin. 
Bedak sejuk banyak kegunaan dan ianya juga dapat melicinkan kulit. Cuma keberkesanan bedak sejuk ini berdasarkan kepada cara pembuatan dan adunan produk tersebut. Harga yang murah dan mengambil masa yang agak lama untuk melihat keberkesanan nya pada parut.


So, rawatan parut yang ada kat mana2 di bahagian tubuh anda berdasarkan kepada kesesuaian diri. Dan perlu di ingatkan supaya melihat kepada produk tersebut dan jika ianya meragukan dan mendatangkan was2 lebih baik merujuk kepada sahabat2 dan individu tertentu seperti farmasi or physician. Susah2 p la ke pakar kulit.. selesai masalah hehe...




MENCEGAH LEBIH 
BAIK DARI MENGUBATI

&
TAK DAPAT CEGAH 
RAWAT LAH WEYY







Friday, 8 March 2013

YEAH

MY OLE - OLE

Yesterday 8 Feb 2013, me and my friend hang out together and spend a time together lor.. 

"A Best Friend"

Dia kawan bersama dari sekolah rendah time jadi ketua kelas sama2 haha :P 

sampai Sekolah Menengah baru jumpa balik..

Kerja KFC sama2....
&
Kerja2 part tyme lain yg kami buat!

Hoho baru2 nie dia baru jer balik dari melancong dan berjimba d KL sana....

Jauh Bo0onaR... haha...

Dia bawak Ole2x... Yeah!! HAHA (childish bebenor gaya ku...)

So, dia bagi ini dan ini....


















Ini Kat atas nie... dia bagi 

KEY CHAIN 

&

JAM TANGAN

Tau2 jak dia... sebab Jam tangan yg sebelum nie pecah plak time jalan..... 

Perghh.!!!......

Terima kasih yah!.. 

Sampai Gilran ku, aq balas balik plak hehe :P



JAM TANGAN BARU TUUU.....


Thursday, 7 March 2013

LESEN OH! LESEN


















..........HaLo0o0..........


Fuhhhhhhhhhhh............... 
(itulah ungkapan yg 1st kluar dr mulut ku, selepas mnyambut panggilan telefon untuk jawatan yang aq naakkkk)

Pengalaman Yang Mendewasakan. 
Dunia Tidak kejam.. 
Cuma Manusia2 di dalamnya yang memilih dan mencorakkan untuk berperilaku kejam.

Mungkin, Sekadar untuk di jadikan perkongsian di antara kita semua yang masih belajar dan tidak mempuyai pekerjaan, mengenai LESEN & KENDERAAN.

xda lesen? 
xda kenderaan? 
Maaf anda tidak layak

Ironinya kehidupan, hanya yang tabah dan cekal yang dapat mengharunginya.

selalunya kawan ku yang mempunyai masalah, akan ku katakan pada dirinya agar 

"bersabar dan ada hikmah di sebaliknya semua ini"

Perkataan yang selalu di gunakan dalam banyak drama dan novel rekaan manusia.

 Apa yang pasti, Mengungkap kan perasaan tersebut lebih senang daripada Manusia yang merasai bebanan masalah tersebut.

BARU AQ FAHAM!

So, berbalik kepada cerita tadi, nak lah bagi sedikit sebanyak info pasal KERJA ni......

Ada sebahagian kerja memerlukan lesen dan kenderaan untuk bertemu dengan pelanggan.

Selalunya perkerjaan begini melibatkan golongan seperti Pemasaran, Perbankan, Jualan dan banyak lagi.

Adalah sebaiknya, "JIKA INDIVIDU TERSEBUT "BERKEMAMPUAN @ Mempunyai peluang", lebih baik mengambil lesson seperti LESEN.


















Bukannya apa, Bidang pekerjaan sekarang ini memerlukan individu yang mempunyai kelayakan dalam AKADEMIK dan juga Kemahiran lain.... 

Terbaru adalah "LESEN MEMANDU/ KENDERAAN!".
X kiralah Motor, Kereta, Jet, Kapal Selam dan lain2 lagi.. Asalkan Memudahkan untuk bergerak.
















Kalau Dahulu kala kira beruntunglah, Senang jer dapat kerja dan berlambak2.... Sekarang nie pui2..... CIkai...

Dulu sehelai sepinggan dari kampung, smpai bandar ada lah semua yang besar, Dapat duit baru nak amik lesen dan beli kereta besar, rumah besar dan akhirnya perut pon besar.... 

Sekarangg nie, kena ada kereta ataupun lesen dah, baru dapat kerja!

X Mustahil pada msa hadapan kena ada rumah sendiri baru dapat kerja...

WHO KNOW???

Tapi x paaa.. 
Kita Berusaha dan Bersabar jerlaa...

P/s: Mcm MY Bro, dia dapat panggilan untuk Masuk Gomen...

Syukurlaa... Akhirnya apa yang di idamkan nya tercapai.....


My Dream Car!! HEHE












SAYA BILA LAGI????



Tuesday, 5 March 2013






RUMPAI LAUT 
PURE MARINE COLLAGEN 


...... HaLo0o0 ....


Hari ini nak share mengenai 

Pure Marine Collagen

Aq dapatkan daripada kawan yang menjual produk nie... 

X pernah cuba sebelum ini, tapi baca post2 org kat 


dan semacam best plak.. hehe 

Bukannya apa, Tapi sye ada msalah kulit HoH0... Bekas2 Jerawat dan ada lah Jugak jerawat yang masih "menginap" di muka ni.... 

It's been for 7 and half years, binatang2 nie ada kat muka.. 

Nasib Baik la selepas bbrapa tahun tu saya jumpa produk yang berkesan menangani Masalah tersebut.. HOHO 

Syukur Alhamdulillah.. 

Tapi masalah timbul apabila nak rawat balik muka tuk hilangkan bekas2 dan parut jerawat tu... 

agak teruk lah jugak... 

So, saya pakai produk macam Bio Oil, Mederma, dan terbaru nak cuba Pure Marine Collagen (PMC )







So, I order and received Pure Marine Collagen (PMC) yang sudah di keringkan dalam bentuk paket, 1kg
 macam kat tepi nie...










So, if u want to prepare for the PMC u have to ensure to rinse them quit a few time (just like u do when u prepare to cook a rice lor)..







As many as u want. 

Mostly people will do 5-6 times. 

It depends on individual, if u sure that its clean enough, u can go through to the next procedure.

Kalo lihat betul2.. 

Masa dia kering tu jumlah nya macam sikit jer kan... hehe 

Sebenarnya baik amik dalam segenggam jer... 
Sebab nnt dia akan mengembang macam dalam gambar nie.. 

Masa tyme bilas PMC nie, dah start mengembang. Itu belom lagi d rendam.

Lepas dah bilas tu, sebaiknya di rendam semalaman. Saya Bilas pda waktu malam, n rendam semalaman. 

Esoknya jadilah seperti picture kat tepi nie.... 
(kuantiti setengah paket jer aq guna, selebihnya simpan dalam peti sejuk)







So, Lepas tu dha di rendam semalaman, Bilas balik 5-6 kali sehingga bersih.....
Didihkan air (agak2 jer air tu..Macam buat agar2)..

Pastu masukkan lah PMC tersebut... 

Kacau sehingga ianya cair........ 

Selepas tu bila smuanya sdh cair... Biarkan ianya sejuk.... 

lepas tu.. Masukkan cecair PMC tadi ke dalam bekas....(sebaiknya di tapis)... 

selepas tapis akan ada lebihan PMC tu yg x larut.. bleh guna sbgai masker... 

Semacam gambar nie, selepas di masak dan di masukkan ke dalam bekas.... Lepas beberapa ketika dia 

semacam puding lah giteww.. 

cuma bau dia hanyir.... (ada sesetngah indvidu diorang letak daun pandan supaya bau tu hilang hehe....) 

















Selepas proses menapis ada lebihan PMC tu yg x larut.. bleh guna sbgai masker... 

sebagai contoh dalam bekas tepi nie.. Mc nampak PMC tu berketul2 lagi.. Bleh guna... 

Sayanggg tuuu.. hehe 

So, kalo nak makan bnda nie begitu sahaja pon boleh, atau nak makan dengan campurkan dalam juz minuman pon boleh cam sunquick ker... 

Ala2 cincau laa giteww.. hehe 

Makan 2 ke 3 kali sehari Dalam 3 sudu sekali makan.

Sebelum dan Selepas bangun tidur tu.. 

Boleh lah makan..






SELAMAT MENCUBA...

HANYIR BAU DIAA




Monday, 4 March 2013


ANAK KE-2


Time2 gue melayari 

..........MY FACEBOOK.........

Saya dapati ada satu Post yang menarik.. HeHe

Mengenai karakteristik turutan anak-anak yang di lahirkan!

MantaP.... 

So, aq pon Baca laa... Dan Mendapati 99% yang di tulis tu adalah benar2 belaka... 

HAHA mengena sngat nih...

So, Siapa anak ke-2, Silalah Lihat.. 

mNalatau betol Kan.. hehe




ANAK MANJA EMAK

Sebab apa-apa pun mesti dia akan diutamakan oleh ibu. ^^ <------Yang ini x benar.... Teeettz


ANAK DEGIL
Anak kedua dikatakan lebih
degil, keras kepala dan tidak mendengar kata. semua dia aje yg betul.dlm ramai-ramai adik beradik dia aje yg KETEGAQ.kemahuan dia
kuat.kalau buat sesuatu sungguh-sungguh.kalau tak nak tu, tak nak lah
jawabnya, boleh dipujuk tapi
selalunya tak berapa jalan.


TAK PANDAI PUJUK
Memang anak no 2 ni dia tak
pandai pujuk makwe or pakwe dia. (ciannn)


BERCINTA
Dia kalau bercinta, sangat setia.sanggup berkorban. :D <------Yang ini benar.... 
(I still remeber dia smpai skang HeHe, One sided Love orang Bilang) Teeettz


HITAM / PUTIH
Apa yg dikatakan semua dipegang.kalau
hitam, hitam lah kalau putih, putih lah.degil tak boleh toleransi.


HATI
Anak no 2 ni juga nampak aje
keras.tp hati dia lembut.SATU lagi pe'el dia.dia tak boleh ditegur.


BERDIKARI
Very independent.memang betul.tp kalau terlebih
independent pun payah.mudah bergaul.very take care.


ARAHAN
Anak no 2 ni juga dia payah nk terima arahan.dia lebih suka buat hal sendiri pendek kata tak boleh kerja ngan orang.


PEMAAF & CARING
Tidak dinafikan anak no 2 ni pun
pemaaf dan caring.TAPI awas jangan bagi diorang marah kalau diorang marah faham saje lah.


PAKAIAN
Nak semua up to date.  <------Yang ini x benar.... Teeettz
semua nak kemas.



P/S: Sepatutnya x Bleh prcaya begini... Kalo berbentuk ramalan... Tp Jika Mempunyai persamaan, Mungkin ianya adalah satu Penyelidikan ia boleh menjadi Fakta! HeHe



SETIAP ANAK MEMPUNYAI CIRI 

DAN 

PERANGAI YANG BERBEZA!



EXPECT THE UNEXPECTED 


Today 4th March 2013 I received a package from my Friend. She send me a Seaweed or "rumpai laut".

 Not a "WEED" Huh.  I order and buy from her. But this tyme she make a surprised. 

She also send me 2 Box of foot-patch (new product suggest by her).

 Wallaaaah!

I will try to use the product and give a feedback to her later.

So, This is the product that she send to me!...


... SEAWEED...

Seriously nowadays it becoming a tittle-tattle among people for its effectiveness in curing and avert few disease and of course to make skin MORE beautiful and smooth. 

Most of them called it "Ibu Kolagen". 

So that make me wonder,... I think i should try this.. 
At d same time my fren selling this kind of product.. 

Perfect Timing!  Ting...Ting.. Ning..

Maybe tis product were mean to be "My Savior"...LOL




So she send me 1 pack of seaweed and its price RM15 per 1kg.. huhu

&

 I will create an entry how effectiveness of this product to me. 

How its change me n whatsoever happened to me...


























... HAYAT FOOT PATCH ...



katanya......

I 'll try tonight .. How effective there r.... 



I hope it will change something in me....

 I really2 Hope it can reduce my 

WEIGHT.... WEIGHT.. 

I am in dilemma of gaining a WEIGHT...

because the description say tis product can reduce ur WEIGHT... 

U should happy with it.. 

really2 HAPPY...

By da way.. i'll start using this product tonight. and we will c wat going to happen to me.. HAHA.

Pray for a good result!..




















P/S: Maybe some of u, interested to buy these products, u can contact her through her BLOG 

♥NORIZZADANIADAHLAN♥



DEAR PRODUCTS

SHOW WHAT YOU GOT! 

HAHA  




Sunday, 3 March 2013


               TEMUDUGA             



PERSEDIAAN SEBELUM, SEMAS

DAN 

AKHIR TEMUDUGA



.....Hal0o0.....



















Berdasarkan tajuk di atas ari nie nak share entry mengenai Temuduga 
dan
 info nie agak berguna bagi semua yang sedang cari kerja nie... 

apa kah pantang larang or "Taboo" bagi pncri kerja nie ????...

Ko pikir yg pakai susuk jak ka.. yg ada pntang larang? 

Pencri kerja ada jgak tau hehe ...

mngalahkan petua nenek tua pulak... 

bersumberkan 


Bah Baca.. Jangan x baca.. iQRA



Persediaan awal sebelum temuduga










1. Selidik profil syarikat/jabatan, jawatan atau bidang tugas yang dipohon.

Ia merupakan soalan-soalan asas yang lazim disoal oleh panel temuduga. Kegagalan menjawabnya menunjukkan seolah-olah calon tidak membuat persediaan yang rapi.


2. Kenalpasti etika berpakaian di tempat kerja

Sesetengah majikan di sektor swasta mempunyai etika berpakaian yang berbeza dengan sektor awam. Oleh itu, calon perlu memakai pakaian yang sesuai dengan etika berpakaian di tempat kerja tersebut untuk menghadiri temuduga.


3. Ulangkaji hardskill

Ini juga merupakan soalan yang sering disoal untuk mengetahui tahap pengetahuan calon mengenai teori dan praktikal bidang yang dipelajarinya. Kegagalan calon menjawab dengan baik boleh menjejaskan peluang untuk mendapatkan jawatan tersebut.


4. Membuat persediaan berkaitan soalan yang mungkin ditanya

Supaya calon dapat berlatih menggunakan nada suara, kelajuan dan intonasi yang sesuai semasa temuduga. Calon boleh meminta bantuan rakan untuk memberi maklumbalas. Perlu diingat calon hendaklah berlatih menjawab tetapi bukannya menghafal jawapan.


5. Kenalpasti lokasi temuduga

Untuk memastikan calon tiba ke lokasi temuduga pada masa yang ditetapkan. Sebaik-baiknya calon tiba 30 minit lebih awal bagi menyesuaikan diri dengan persekitaran.

6. Sediakan sijil-sijil asal beserta salinannya dan resume.

7. Pastikan sijil-sijil disusun mengikut keutamaan.

8. Cuba dapatkan nama/gelaran panel temuduga.

Bagi memastikan calon tidak tersilap menyebut gelaran panel temuduga.




Semasa Temuduga










1. Beri salam atau ucapan selamat kepada panel temuduga

2. Mendengar dan menjawab soalan dengan betul

3. Mempunyai keyakinan diri dan motivasi yang tinggi

4. Bersikap tenang dan tidak gementar

5. Jangan menguasai sesi temuduga

6. Jangan membesar-besarkan diri serta bercakap panjang lebar atau bercakap banyak

7. Jangan cerita masalah peribadi seperti urusan rumahtangga, kesihatan diri atau masalah kewangan

8. Jangan bertengkar dengan panel temuduga. Sekiranya calon tidak bersetuju dengan pandangan yang diberi oleh panel temuduga, berilah pandangan lain secara berhemah

9. Jangan mengkritik bekas majikan anda atau mana-mana pihak lain

10. Jangan mengunyah gula-gula getah atau makan gula-gula semasa temuduga

11. Jangan menunjukkan 'silent' protes jika lambat dipanggil panel temuduga




Akhir Temuduga



1. Biarkan panel temuduga menamatkan sesi temuduga 

2. Apabila sesi temuduga tamat, berilah ucapan terima kasih kepada panel temuduga kerana meluangkan masa dengan anda 

3. Sebaik sahaja sesi temuduga tamat, tinggalkan bilik temuduga dengan segera dan bersopan santun. Pastikan barang-barang milik anda tidak tertinggal.




SELAMAT MENJALANI TEMUDUGA DAN SEMOGA MENDAPAT JAWATAN TERSEBUT 
AMINNN..